Meminang Anak Pak Imam

Kampunglucu.com – 3 lelaki masuk meminang anak Pak Imam.

Pak Imam – ” Kau nama siapa?”
Lelaki 1 – ” Nama saya Yusuf..”
Pak Imam – ” Haa.. Kau baca surah Yusuf.. Aku nak dengar..”
Lelaki 1 membaca surah Yusuf dengan lancar..

Pak Imam – ” Apa nama kau?”
Lelaki 2 – ” Nama saya Ibrahim, Pak Imam..”
Pak Imam – ” Kau baca surah Ibrahim.. Baca dengan betul..”
Lelaki 2 membaca surah Ibrahim dengan baik dan lancar..

Lelaki 3 mulai menggigil.

Pak Imam – “Kau.. Nama kau apa..?”
Lelaki 3 – ” Err.. Err.. Nama saya Yasin.. Err.. Tapi kat rumah, Mak dan ayah saya panggil saya Qulhuwallahuahad..”

Post By Kampunglucu.com 


ARTIKEL TERKAIT